Quran Touch

سُورَةُ الواقعة

Surah Al-Waaqia

Surah 56 · 96 ayat · Makkiyyah · Juzuk 27 · Mushaf Halaman 534

Dengar surah penuh Bacaan: Mishary Rashid Alafasy
Aa
  1. 56:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ إِذَا وَقَعَتِ ٱلْوَاقِعَةُ

    Itha waqaAAati alwaqiAAatu

    Apabila berlaku hari kiamat itu,

  2. 56:2

    لَيْسَ لِوَقْعَتِهَا كَاذِبَةٌ

    Laysa liwaqAAatiha kathibatun

    Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

  3. 56:3

    خَافِضَةٌ رَّافِعَةٌ

    Khafidatun rafiAAatun

    Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

  4. 56:4

    إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا

    Itha rujjati alardu rajjan

    (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

  5. 56:5

    وَبُسَّتِ ٱلْجِبَالُ بَسًّا

    Wabussati aljibalu bassan

    Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

  6. 56:6

    فَكَانَتْ هَبَآءً مُّنۢبَثًّا

    Fakanat habaan munbaththan

    Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,

  7. 56:7

    وَكُنتُمْ أَزْوَٰجًا ثَلَٰثَةً

    Wakuntum azwajan thalathatan

    Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);

  8. 56:8

    فَأَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَيْمَنَةِ

    Faashabu almaymanati ma ashabu almaymanati

    Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu?

  9. 56:9

    وَأَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْمَشْـَٔمَةِ

    Waashabu almashamati ma ashabu almashamati

    Dan puak pihak kiri; - alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu?

  10. 56:10

    وَٱلسَّٰبِقُونَ ٱلسَّٰبِقُونَ

    Waalssabiqoona alssabiqoona

    Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak);

  11. 56:11

    أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلْمُقَرَّبُونَ

    Olaika almuqarraboona

    Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah),

  12. 56:12

    فِى جَنَّٰتِ ٱلنَّعِيمِ

    Fee jannati alnnaAAeemi

    (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.

  13. 56:13

    ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ

    Thullatun mina alawwaleena

    (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu;

  14. 56:14

    وَقَلِيلٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ

    Waqaleelun mina alakhireena

    Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian.

  15. 56:15

    عَلَىٰ سُرُرٍ مَّوْضُونَةٍ

    AAala sururin mawdoonatin

    (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata;

  16. 56:16

    مُّتَّكِـِٔينَ عَلَيْهَا مُتَقَٰبِلِينَ

    Muttakieena AAalayha mutaqabileena

    Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan.

  17. 56:17

    يَطُوفُ عَلَيْهِمْ وِلْدَٰنٌ مُّخَلَّدُونَ

    Yatoofu AAalayhim wildanun mukhalladoona

    Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, -

  18. 56:18

    بِأَكْوَابٍ وَأَبَارِيقَ وَكَأْسٍ مِّن مَّعِينٍ

    Biakwabin waabareeqa wakasin min maAAeenin

    Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir.

  19. 56:19

    لَّا يُصَدَّعُونَ عَنْهَا وَلَا يُنزِفُونَ

    La yusaddaAAoona AAanha wala yunzifoona

    Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya.

  20. 56:20

    وَفَٰكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ

    Wafakihatin mimma yatakhayyaroona

    Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih,

  21. 56:21

    وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ

    Walahmi tayrin mimma yashtahoona

    Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini.

  22. 56:22

    وَحُورٌ عِينٌ

    Wahoorun AAeenun

    Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya,

  23. 56:23

    كَأَمْثَٰلِ ٱللُّؤْلُؤِ ٱلْمَكْنُونِ

    Kaamthali allului almaknooni

    Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya.

  24. 56:24

    جَزَآءًۢ بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ

    Jazaan bima kanoo yaAAmaloona

    (Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.

  25. 56:25

    لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا

    La yasmaAAoona feeha laghwan wala tatheeman

    Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; -

  26. 56:26

    إِلَّا قِيلًا سَلَٰمًا سَلَٰمًا

    Illa qeelan salaman salaman

    Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain).

  27. 56:27

    وَأَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلْيَمِينِ

    Waashabu alyameeni ma ashabu alyameeni

    Dan puak kanan, - alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu?

  28. 56:28

    فِى سِدْرٍ مَّخْضُودٍ

    Fee sidrin makhdoodin

    Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri.

  29. 56:29

    وَطَلْحٍ مَّنضُودٍ

    Watalhin mandoodin

    Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya,

  30. 56:30

    وَظِلٍّ مَّمْدُودٍ

    Wathillin mamdoodin

    Dan naungan yang tetap terbentang,

  31. 56:31

    وَمَآءٍ مَّسْكُوبٍ

    Wamain maskoobin

    Dan air yang sentiasa mengalir,

  32. 56:32

    وَفَٰكِهَةٍ كَثِيرَةٍ

    Wafakihatin katheeratin

    Serta buah-buahan yang banyak,

  33. 56:33

    لَّا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ

    La maqtooAAatin wala mamnooAAatin

    Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya,

  34. 56:34

    وَفُرُشٍ مَّرْفُوعَةٍ

    Wafurushin marfooAAatin

    Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya.

  35. 56:35

    إِنَّآ أَنشَأْنَٰهُنَّ إِنشَآءً

    Inna anshanahunna inshaan

    Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

  36. 56:36

    فَجَعَلْنَٰهُنَّ أَبْكَارًا

    FajaAAalnahunna abkaran

    Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

  37. 56:37

    عُرُبًا أَتْرَابًا

    AAuruban atraban

    Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.

  38. 56:38

    لِّأَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

    Liashabi alyameeni

    (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;

  39. 56:39

    ثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْأَوَّلِينَ

    Thullatun mina alawwaleena

    Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu,

  40. 56:40

    وَثُلَّةٌ مِّنَ ٱلْـَٔاخِرِينَ

    Wathullatun mina alakhireena

    Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.

  41. 56:41

    وَأَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ مَآ أَصْحَٰبُ ٱلشِّمَالِ

    Waashabu alshshimali ma ashabu alshshimali

    Dan puak kiri, - alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?

  42. 56:42

    فِى سَمُومٍ وَحَمِيمٍ

    Fee samoomin wahameemin

    Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak

  43. 56:43

    وَظِلٍّ مِّن يَحْمُومٍ

    Wathillin min yahmoomin

    Serta naungan dari asap hitam,

  44. 56:44

    لَّا بَارِدٍ وَلَا كَرِيمٍ

    La baridin wala kareemin

    Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.

  45. 56:45

    إِنَّهُمْ كَانُوا۟ قَبْلَ ذَٰلِكَ مُتْرَفِينَ

    Innahum kanoo qabla thalika mutrafeena

    Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).

  46. 56:46

    وَكَانُوا۟ يُصِرُّونَ عَلَى ٱلْحِنثِ ٱلْعَظِيمِ

    Wakanoo yusirroona AAala alhinthi alAAatheemi

    Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,

  47. 56:47

    وَكَانُوا۟ يَقُولُونَ أَئِذَا مِتْنَا وَكُنَّا تُرَابًا وَعِظَٰمًا أَءِنَّا لَمَبْعُوثُونَ

    Wakanoo yaqooloona aitha mitna wakunna turaban waAAithaman ainna lamabAAoothoona

    Dan juga mereka selalu berkata: "Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?

  48. 56:48

    أَوَءَابَآؤُنَا ٱلْأَوَّلُونَ

    Awa abaona alawwaloona

    "Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? "

  49. 56:49

    قُلْ إِنَّ ٱلْأَوَّلِينَ وَٱلْـَٔاخِرِينَ

    Qul inna alawwaleena waalakhireena

    Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian,

  50. 56:50

    لَمَجْمُوعُونَ إِلَىٰ مِيقَٰتِ يَوْمٍ مَّعْلُومٍ

    LamajmooAAoona ila meeqati yawmin maAAloomin

    "Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan - pada hari kiamat yang termaklum.

  51. 56:51

    ثُمَّ إِنَّكُمْ أَيُّهَا ٱلضَّآلُّونَ ٱلْمُكَذِّبُونَ

    Thumma innakum ayyuha alddalloona almukaththiboona

    "Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat),

  52. 56:52

    لَـَٔاكِلُونَ مِن شَجَرٍ مِّن زَقُّومٍ

    Laakiloona min shajarin min zaqqoomin

    Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum,

  53. 56:53

    فَمَالِـُٔونَ مِنْهَا ٱلْبُطُونَ

    Famalioona minha albutoona

    "Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu,

  54. 56:54

    فَشَٰرِبُونَ عَلَيْهِ مِنَ ٱلْحَمِيمِ

    Fashariboona AAalayhi mina alhameemi

    "Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak,

  55. 56:55

    فَشَٰرِبُونَ شُرْبَ ٱلْهِيمِ

    Fashariboona shurba alheemi

    "Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas".

  56. 56:56

    هَٰذَا نُزُلُهُمْ يَوْمَ ٱلدِّينِ

    Hatha nuzuluhum yawma alddeeni

    Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu.

  57. 56:57

    نَحْنُ خَلَقْنَٰكُمْ فَلَوْلَا تُصَدِّقُونَ

    Nahnu khalaqnakum falawla tusaddiqoona

    Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada - wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).

  58. 56:58

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تُمْنُونَ

    Afaraaytum ma tumnoona

    (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

  59. 56:59

    ءَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلْخَٰلِقُونَ

    Aantum takhluqoonahu am nahnu alkhaliqoona

    Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

  60. 56:60

    نَحْنُ قَدَّرْنَا بَيْنَكُمُ ٱلْمَوْتَ وَمَا نَحْنُ بِمَسْبُوقِينَ

    Nahnu qaddarna baynakumu almawta wama nahnu bimasbooqeena

    Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan;

  61. 56:61

    عَلَىٰٓ أَن نُّبَدِّلَ أَمْثَٰلَكُمْ وَنُنشِئَكُمْ فِى مَا لَا تَعْلَمُونَ

    AAala an nubaddila amthalakum wanunshiakum fee ma la taAAlamoona

    (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya.

  62. 56:62

    وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ ٱلنَّشْأَةَ ٱلْأُولَىٰ فَلَوْلَا تَذَكَّرُونَ

    Walaqad AAalimtumu alnnashata aloola falawla tathakkaroona

    Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak).

  63. 56:63

    أَفَرَءَيْتُم مَّا تَحْرُثُونَ

    Afaraaytum ma tahruthoona

    Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam?

  64. 56:64

    ءَأَنتُمْ تَزْرَعُونَهُۥٓ أَمْ نَحْنُ ٱلزَّٰرِعُونَ

    Aantum tazraAAoonahu am nahnu alzzariAAoona

    Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya?

  65. 56:65

    لَوْ نَشَآءُ لَجَعَلْنَٰهُ حُطَٰمًا فَظَلْتُمْ تَفَكَّهُونَ

    Law nashao lajaAAalnahu hutaman fathaltum tafakkahoona

    Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal,

  66. 56:66

    إِنَّا لَمُغْرَمُونَ

    Inna lamughramoona

    (Sambil berkata): "Sesungguhnya kami menanggung kerugian.

  67. 56:67

    بَلْ نَحْنُ مَحْرُومُونَ

    Bal nahnu mahroomoona

    "Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) "

  68. 56:68

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلْمَآءَ ٱلَّذِى تَشْرَبُونَ

    Afaraaytumu almaa allathee tashraboona

    Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?

  69. 56:69

    ءَأَنتُمْ أَنزَلْتُمُوهُ مِنَ ٱلْمُزْنِ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنزِلُونَ

    Aantum anzaltumoohu mina almuzni am nahnu almunziloona

    Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?

  70. 56:70

    لَوْ نَشَآءُ جَعَلْنَٰهُ أُجَاجًا فَلَوْلَا تَشْكُرُونَ

    Law nashao jaAAalnahu ojajan falawla tashkuroona

    Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur.

  71. 56:71

    أَفَرَءَيْتُمُ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى تُورُونَ

    Afaraaytumu alnnara allatee tooroona

    Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)?

  72. 56:72

    ءَأَنتُمْ أَنشَأْتُمْ شَجَرَتَهَآ أَمْ نَحْنُ ٱلْمُنشِـُٔونَ

    Aantum anshatum shajarataha am nahnu almunshioona

    Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya?

  73. 56:73

    نَحْنُ جَعَلْنَٰهَا تَذْكِرَةً وَمَتَٰعًا لِّلْمُقْوِينَ

    Nahnu jaAAalnaha tathkiratan wamataAAan lilmuqweena

    Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir.

  74. 56:74

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ

    Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi

    Oleh yang demikian - (wahai orang yang lalai) - bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu).

  75. 56:75

    ۞ فَلَآ أُقْسِمُ بِمَوَٰقِعِ ٱلنُّجُومِ

    Fala oqsimu bimawaqiAAi alnnujoomi

    Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, -

  76. 56:76

    وَإِنَّهُۥ لَقَسَمٌ لَّوْ تَعْلَمُونَ عَظِيمٌ

    Wainnahu laqasamun law taAAlamoona AAatheemun

    Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, -

  77. 56:77

    إِنَّهُۥ لَقُرْءَانٌ كَرِيمٌ

    Innahu laquranun kareemun

    Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan),

  78. 56:78

    فِى كِتَٰبٍ مَّكْنُونٍ

    Fee kitabin maknoonin

    Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara,

  79. 56:79

    لَّا يَمَسُّهُۥٓ إِلَّا ٱلْمُطَهَّرُونَ

    La yamassuhu illa almutahharoona

    Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;

  80. 56:80

    تَنزِيلٌ مِّن رَّبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ

    Tanzeelun min rabbi alAAalameena

    Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam.

  81. 56:81

    أَفَبِهَٰذَا ٱلْحَدِيثِ أَنتُم مُّدْهِنُونَ

    Afabihatha alhadeethi antum mudhinoona

    Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini?

  82. 56:82

    وَتَجْعَلُونَ رِزْقَكُمْ أَنَّكُمْ تُكَذِّبُونَ

    WatajAAaloona rizqakum annakum tukaththiboona

    Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)?

  83. 56:83

    فَلَوْلَآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلْحُلْقُومَ

    Falawla itha balaghati alhulqooma

    Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, -

  84. 56:84

    وَأَنتُمْ حِينَئِذٍ تَنظُرُونَ

    Waantum heenaithin tanthuroona

    Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, -

  85. 56:85

    وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ وَلَٰكِن لَّا تُبْصِرُونَ

    Wanahnu aqrabu ilayhi minkum walakin la tubsiroona

    Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat,

  86. 56:86

    فَلَوْلَآ إِن كُنتُمْ غَيْرَ مَدِينِينَ

    Falawla in kuntum ghayra madeeneena

    Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), -

  87. 56:87

    تَرْجِعُونَهَآ إِن كُنتُمْ صَٰدِقِينَ

    TarjiAAoonaha in kuntum sadiqeena

    Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ?

  88. 56:88

    فَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ

    Faamma in kana mina almuqarrabeena

    Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang " Muqarrabiin ",

  89. 56:89

    فَرَوْحٌ وَرَيْحَانٌ وَجَنَّتُ نَعِيمٍ

    Farawhun warayhanun wajannatu naAAeemin

    Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan.

  90. 56:90

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

    Waamma in kana min ashabi alyameeni

    Dan jika ia dari puak kanan,

  91. 56:91

    فَسَلَٰمٌ لَّكَ مِنْ أَصْحَٰبِ ٱلْيَمِينِ

    Fasalamun laka min ashabi alyameeni

    Maka (akan dikatakan kepadanya):" Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan".

  92. 56:92

    وَأَمَّآ إِن كَانَ مِنَ ٱلْمُكَذِّبِينَ ٱلضَّآلِّينَ

    Waamma in kana mina almukaththibeena alddalleena

    Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat,

  93. 56:93

    فَنُزُلٌ مِّنْ حَمِيمٍ

    Fanuzulun min hameemin

    Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,

  94. 56:94

    وَتَصْلِيَةُ جَحِيمٍ

    Watasliyatu jaheemin

    Serta bakaran api neraka.

  95. 56:95

    إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ حَقُّ ٱلْيَقِينِ

    Inna hatha lahuwa haqqu alyaqeeni

    Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini.

  96. 56:96

    فَسَبِّحْ بِٱسْمِ رَبِّكَ ٱلْعَظِيمِ

    Fasabbih biismi rabbika alAAatheemi

    Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih (Basmeih) — Teks Al-Quran dan terjemahan: Tanzil.net · Audio: EveryAyah.com, QuranicAudio.com

Baca dalam bahasa lain

EnglishالعربيةবাংলাاردوBahasa IndonesiaTürkçeFrançaisفارسیNederlandsHausa