Quran Touch

سُورَةُ الضحى

Surah Ad-Dhuhaa

Surah 93 · 11 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Mushaf Halaman 596

Dengar surah penuh Bacaan: Mishary Rashid Alafasy
Aa
  1. 93:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَٱلضُّحَىٰ

    Waaldduha

    Demi waktu dhuha,

  2. 93:2

    وَٱلَّيْلِ إِذَا سَجَىٰ

    Waallayli itha saja

    Dan malam apabila ia sunyi-sepi -

  3. 93:3

    مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَىٰ

    Ma waddaAAaka rabbuka wama qala

    (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).

  4. 93:4

    وَلَلْـَٔاخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ ٱلْأُولَىٰ

    Walalakhiratu khayrun laka mina aloola

    Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.

  5. 93:5

    وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَىٰٓ

    Walasawfa yuAAteeka rabbuka fatarda

    Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.

  6. 93:6

    أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ

    Alam yajidka yateeman faawa

    Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?

  7. 93:7

    وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ

    Wawajadaka dallan fahada

    Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?

  8. 93:8

    وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ

    Wawajadaka AAailan faaghna

    Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?

  9. 93:9

    فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ

    Faamma alyateema fala taqhar

    Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,

  10. 93:10

    وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ

    Waamma alssaila fala tanhar

    Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;

  11. 93:11

    وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ

    Waamma biniAAmati rabbika fahaddith

    Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih (Basmeih) — Teks Al-Quran dan terjemahan: Tanzil.net · Audio: EveryAyah.com, QuranicAudio.com

Baca dalam bahasa lain

EnglishالعربيةবাংলাاردوBahasa IndonesiaTürkçeFrançaisفارسیNederlandsHausa