Quran Touch

سُورَةُ الهمزة

Surah Al-Humaza

Surah 104 · 9 ayat · Makkiyyah · Juzuk 30 · Mushaf Halaman 601

Dengar surah penuh Bacaan: Mishary Rashid Alafasy
Aa
  1. 104:1

    بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ وَيْلٌ لِّكُلِّ هُمَزَةٍ لُّمَزَةٍ

    Waylun likulli humazatin lumazatin

    Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

  2. 104:2

    ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًا وَعَدَّدَهُۥ

    Allathee jamaAAa malan waAAaddadahu

    Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

  3. 104:3

    يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

    Yahsabu anna malahu akhladahu

    Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

  4. 104:4

    كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

    Kalla layunbathanna fee alhutamati

    Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

  5. 104:5

    وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

    Wama adraka ma alhutamatu

    Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

  6. 104:6

    نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

    Naru Allahi almooqadatu

    (Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

  7. 104:7

    ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

    Allatee tattaliAAu AAala alafidati

    Yang naik menjulang ke hati;

  8. 104:8

    إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌ

    lnnaha AAalayhim musadatun

    Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

  9. 104:9

    فِى عَمَدٍ مُّمَدَّدَةٍۭ

    Fee AAamadin mumaddadatin

    (Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.

Terjemahan: Abdullah Muhammad Basmeih (Basmeih) — Teks Al-Quran dan terjemahan: Tanzil.net · Audio: EveryAyah.com, QuranicAudio.com

Baca dalam bahasa lain

EnglishالعربيةবাংলাاردوBahasa IndonesiaTürkçeFrançaisفارسیNederlandsHausa